Mitos.

Yep, khabar2 angin sejak zaman-berzaman kononnya sekolah jenis kebangsaan Cina melahirkan murid pandai berbanding sekolah kebangsaan adalah dongeng mitos saja.

Laporan dari Kementerian Pendidikan menunjukkan antara tahun 2006 hingga 2010, kadar keciciran sekolah jenis kebangsaan Cina adalah paling tinggi jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Laporan dari Persatuan Cina Malaysia (MCA) juga mengakui bahawa satu dari empat orang pelajar tercicir dari sekolah Cina pada usia 18 tahun. Ini menjadikan kadar keciciran sekolah Cina adalah sebanyak 25 peratus.

Sumber: The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia oleh Dr. Muhammed Abdul Khalid

Entah siapa la yang sebarkan dongeng tu. Segelintir orang Melayu yang perasan urban pun tertipu. Lain kali kena pandai baca statistik. Banyak kali tertipu ni. Hari tu orang Islam di Malaysia dituduh kononnya paling ramai terlibat dalam perkahwinan bawah umur. Keluar data dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat rupa-rupanya paling ramai adalah non-muslim huhu.

Kes Eljibiti pun sama. Dok canang eljibiti sana sini tup tup keluar statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia, rupa-rupanya golongan Eljibiti terutama MSM (Men who have sex with Men) adalah pengidap AIDS tertinggi negara. Berjuta habis nak rawat demer ni kalau tengok laporan KKM 2019. Cuba hidup jangan menyusahkan orang. Hentikan promosi gaya hidup tak sihat ni. Kita nak nasihat ikut agama, demer macam tak bertuhan, macam tak percayakan Allah swt. Ini matematik dan sains pun tak menyebelahi benda Eljibiti ni pun nak denial syndrome juga. No komen lah kan. Tunggu tanah kubur lah jawabnya.

Kenalah berpihak pada fakta dan data. Jangan asyik percaya pada tahyul dan dongeng.

Ish…ish…

~SK